Jumaat, 17 April 2015

Bicara Hati....

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan di atas muka bumi ini. Kehidupan yang sementara ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Sama ada kita mampu atau tidak menghadapinya hanya Allah yang Maha Mengetahui.... Hijrah bermaksud perpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain.. Tetapi penghijrahan dari diri kita bermula dari hati. Mudahnya untuk berhijrah. Dari tak pakai tudung dah mula pakai tudung.. Dari tak tutup aurat dah mula tutup aurat.. Tetapi penghijrahan yang bagaimana sebenarnya yang perlu kita lakukan.. ISTIQOMAH..hrmmmm.. inilah jawapan yang dicari... Hijrah itu MUDAH tapi Istiqomah itu SUKAR.. Selagi kita serahkan hati ini sebulatnya kerana Allah Insya Allah akan dipermudahkan.. Kenapa perlu ada cabaran dan dugaan dalam penghijrahan.. Ini kerana untuk memantapkan level iman kita.. Sejauh mana kita mencintai Allah.. sejauh mana kita sanggup melakukan pengorbanan semata kerana-Nya.. Tepuk dada tanyalah hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan